|
|
Anne mahu kahwin lagi
Friday, January 27, 2012
Views: 210

SEMAKIN kecil dan nampak muda daripada usianya, itulah ungkapan pertama yang terkeluar daripada mulut penulis saat bertemu dengan aktres Naszriah Ngasri atau nama pentasnya Anne Ngasri pada penggambaran drama muzikal Antara Kita, baru-baru ini.
Anne mengakui dia kini sedang berkawan dengan seseorang dan tidak menolak andai jodohnya untuk menamatkan zaman janda datang dalam masa yang terdekat.
Bukan besar kepala
Friday, January 27, 2012
Views: 98

SEPANJANG laluan seni yang dipilih Stacy, tidak terlampau perit liku yang dirempuh untuk tiba ke destinasi sekarang. Tiada kontroversi mahupun kisah sensasi untuk dijaja.
Barangkali, Stacy selebriti yang kalis terkena silau kontroversi. Walau sinarnya tidak secerah kali pertama menyertai program realiti sebelum Akademi Fantasia 6, dia kini berjaya membuka mata bahawa dialah bintang yang dicari.
Farid belum nak kahwin Diana
Friday, January 27, 2012
Views: 112

Setelah beberapa lama kembali bersama, wujud pula spekulasi Farid dan Diana bakal menamatkan zaman solo masing-masing dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 ini. Ada yang berkata, Diana sudah pun bersedia untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasihnya itu. Bagaimanapun hal itu kemudian dinafikan Diana. Bagi mendapat kepastian, Kosmo! sempat menemu ramah Farid bertanya tentang perancangan masa depannya dengan Diana.
Jangan dipersoal
Friday, January 27, 2012
Views: 77

DILIHAT pada barisan lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), semuanya mempunyai kekuatan tersendiri dan sememangnya bukan calang-calang nama yang tersenarai.Namun dalam kalangan barisan penyanyi seperti Aizat Amdan, Faizal Tahir, Yuna dan 3 Suara (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah), penyanyi paling muda dalam anugerah kali ini dipersoalkan penyertaannya.
Kami masih bahagia
Friday, January 27, 2012
Views: 126

Kehadiran Rabecca yang lebih akrab disapa Becca bersama suami, Nor Azam Sulaiman, ditambah kemesraan yang ditonjolkan mereka sepanjang acara berlangsung seolah-olah menepis dakwaan mereka kini sedang berantakan. Malah, ketika diajukan soalan itu kepada pasangan ini, Rabecca dan suami menegaskan, tiada apa yang berlaku dan kebahagiaan masih menjadi milik mereka.
Angpau pertama Moots, Vanessa
Friday, January 27, 2012
Views: 63

PERBEZAAN budaya dan bangsa menyatukan dua hati, Vanessa Venlee Chong dan vokalis band Pop Shuvit, Moots atau nama sebenarnya Muralidharan Marimuthu pada Oktober tahun lalu. Vanessa lahir dalam keluarga Cina-Inggeris manakala Moots berketurunan India.
Ini bermakna mereka meraikan tiga perayaan sekaligus iaitu Deepavali, Krismas dan juga Tahun Baru Cina. Cukup meriah, kata Moots dan Vanessa yang ditemui Kosmo! beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina menjelma.
Zul tidak lagi hubungi Abby
Friday, January 27, 2012
Views: 126

KEHADIRAN Zul Ariffin dalam dunia lakonan seolah-olah mampu memberi cabaran kepada pelakon lelaki yang sedia ada. Tidak dinafikan, dia kini antara pelakon yang semakin meningkat naik serta kerap menjadi pilihan pengarah dan produser.
Namun begitu, pembabitannya sebagai anak seni dilihat seiring dengan kisah cintanya dengan pelakon Abby Abadi. Sehinggakan kisah cinta mereka berdua lebih mendapat perhatian berbanding cerita tentang perjalanan kerjayanya.
Ezlynn ingin berbasikal di Sepanyol
Friday, January 27, 2012
Views: 63

MINAT pasangan suami isteri, Ezlynn dan Adam Fahmy terhadap aktiviti berbasikal telah membuatkan mereka mencapai persetujuan untuk memilih negara di benua Eropah, Sepanyol untuk dijadikan lokasi berbulan madu.
Menurut wanita berumur 31 tahun ini, dia dan suami memang teringin untuk ke negara itu kerana menggemari pemandangan indah di sana.
|
Ada sesuatu?
Anda ada tips atau maklumat yang belum diketahui umum. Skandal dan konspirasi. Email kepada info@penguin.com.my
Flashback
Jika anda sudah lupa!
|