Azwan Kembali Jadi Pondan Demi Bukunya
Tuesday, February 9, 2010
Views: 1328 Komen: 0
Share

Pengacara terkenal Azwan Hj Ali khabarnya sudah kembali ke dunia pondan yang pernah ditinggalkannya itu. Kononnya, Azwan telah membuka persembahan malam yang dinamakan 'Majlis Eksklusif 'Adik-adik'' dengan berpakaian 'drag' (baju perempuan) dan membuat persembahan ala penyanyi Ziana Zain di hadapan 200 orang tetamu di ballroom Crystal Crown di Johor Baru. Ketika diasak dengan beberapa pertanyaan berbangkit daripada isu di atas, Azwan langsung tidak menafikan penglibatannya dalam acara tersebut.
"Memang saya kembali menjadi pondan tetapi in-character dan persembahan saya sebagai Ziana Zain dengan lagu 'Syurga Di Hati Kita' telah dibayar sebanyak RM6 ribu. Saya tidak boleh menolak rezeki Allah dan satu ballroom itu tahu dan menerima karektor saya sebagai hiburan semata-mata," jelas Azwan.
Tambahnya, pakej bayaran tersebut termasuk menjadi penghibur untuk 'Majlis eksklusif anjuran adik-adik (pondan) Johor Baru' yang turut dihadiri dramatis popular Rosnah Johari," kata bekas pengacara popular itu. Menurut Azwan lagi, perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu kerana "'kepondanan' saya sebagai Ziana Zain hanya selama 10 minit dan saya kembali menjadi jantan secara 'live' di atas pentas".
Lebih istimewa, kata Azwan, projek yang bisa menjadi kontroversi ini sebenarnya adalah satu program awal bagi menyiapkan bahan-bahan untuk buku 'Selamat Jalan Dunia Pondan' (SJDP) yang sedang diusahakan sekarang. Jelasnya lagi, apapun komen yang diterima, dia amat berterima kasih kepada 'adik-adik' Johor Baru yang memberikannya semangat untuk menyiapkan buku kontroversi ini dengan berkongsi 1001 cerita dunia pondan.
"Ketua mereka, yang bernama Jess, atau mendapat jolokan oleh saya sebagai 'Datin Normala Samsuddin berhalkum' begitu teruja kerana Azwan Ali berani mati menerbitkan buku eksklusif ini. Saya sedar penampilan pondan saya sebagai Ziana Zain akan terus dihentam oleh musuh-musuh saya yang akan mengait isu taubat saya di depan Kaabah. Jawapan saya mudah saja, Allah SWT lebih tahu niat hati saya...lagipun ada aku kisah," katanya dalam nada selamba.
Azwan turut melahirkan rasa kesyukuran kerana perbincangan pertama mengenai manuskrip buku itu berlangsung minggu lalu di mana Editor Kanan Karangkraf, Intan Zabidin telah berbincang selama hampir 4 jam pasal buku kontroversi tersebut. Kata Azwan lagi, pertemuan itu berakhir dengan berita gembira iaitu pihak Karangkraf bersetuju untuk menerbitkan buku itu. Antara salah satu syarat utama ialah buku ini akan dijual secara eksklusif dari tangan Azwan Ali saja, dan tidak akan terjual di mana-mana kedai buku.
| No. |
Comment |
| No Data is found. |