Datuk S boleh menyanyi
Tuesday, February 9, 2010
Views: 516 Komen: 0
Share

Usahawan Datuk Syafiq Saaban pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan aktres Fasha Sandha tu. Ada cerita terbaru tentang Datuk S ni. Tapi, takde kena-mengena langsung dengan mana-mana artis wanita tempatan kita.
Datuk S pun dah berkahwin sekali lagi. Kalau tidak silap dengan orang kampungnya sendiri. Jadi, biarlah dia melayari kehidupan rumahtangganya itu dengan aman, tenteram dan bahagia.
Tapi, apa yang pasti, Datuk S khabarnya tengah sibuk nak menghantar singlennya itu ke serata stesen radioberbahasa Melayu. Mungkin, ada yang akan pertikaikan, boleh ke Datuk S menyanyi? Laku ke singlenya itu nanti. dia sendiri pernah jadi vokalis kumpulan rock Rajawali masa dia muda-muda dulu. Tapi, dia terpaksa tinggalkan bidang itu sebab minatnya terhadap bidang muzik tidak direstui bapanya. Jadi, sekarang ini, dia balik semula menyanyilah.
| No. |
Comment |
| No Data is found. |