Showcase Nidji: Memang menyengat
Monday, February 1, 2010
Views: 832 Komen: 0
Share

Nidji sekali lagi mempersembahkan sebuah ‘showcase’ yang cukup menghiburkan dan memukau. Ternyata Nidji masih menyengat! Baik Giring mahupun anggota Nidji yang lain, mereka cukup bertenaga di atas pentas.
Showcase yang diadakan sempena mempromosikan album ketiga mereka berjudul ‘Let’s Play’ dihadiri kira-kira 500 ratus penonton yang majoritinya adalah peminat fanatik Nidji. Sebaik sahaja Nidji muncul di pentas, semua peminat memberikan sorakan yang gemuruh. Tambah menghangatkan suasana apabila Nidji memulakan persembahan dengan menyampaikan lagu “Biarlah” yang dimuatkan dalam album kedua mereka, ‘Top Up’.
Sambil menyanyi, vokalis Nidji, Giring turut berkomunikasi dengan penonton dengan mengajak mereka untuk turut sama menyanyi. Sesekali tiada muzik dan suara Giring yang kedengaran, tetapi nyanyian penonton yang bergema di segenap ruang Dragonfly. Maklumlah, semua yang hadir sudah menghafal setiap bait-baik lirik yang disampaikan.
Malam itu, sebanyak tujuh lagu yang dipersembahkan oleh Nidji. Selain menyampaikan lagu popular daripada album terdahulu, Nidji turut menyampaikan single popular, “Sang Mantan” yang dipetik daripada ‘Let’s Play’. Sebelum mula menyanyi, Giring sempat berjenaka dengan peminat dengan berkata, “Kalau kamu pernah disakiti oleh mantan kekasih, kamu hanya perlu ‘download’ lagu ini dan biarkan dia mendengarnya apabila dia menelefon kamu. Tidak perlu berkata-kata lagi.”
| No. |
Comment |
| No Data is found. |