Soalan Lazim

1.Apa itu nada pemanggil atau lebih dikenali sebagai Call me tones/Caller ringtones (Nada pemanggil)?
Nada pemanggil atau Call me tones adalah servis yang menggantikan nada biasa (tut..tut) kepada lagu-lagu terkini, skrip lucu atau apa-apa jua sementara pemanggil menunggu anda untuk menjawab panggilan mereka.


2.Siapa yang boleh melanggan nada pemanggil?
Servis ini disediakan untuk semua pelanggan yang menggunakan talian tetap mahupun talian prabayar, setakat ini terbuka kepada semua pelanggan Maxis, Hotlink, Celcom dan Xpax.


3.Perlukah saya mengubah atau menukar sebarang servis jika ingin melanggan nada pemanggil ini?
Anda tidak perlu menukar atau menambah sebarang servis pada telefon bimbit anda kerana biarpun telefon bimbit anda tidak dilengkapi perkhidmatan 3G atau GPRS, anda tetap boleh menggunakan perkhidmatan nada pemanggil ini.


4.Bagaimanakah untuk mengaktifkan Call me tones/Caller ringtones serta cara untuk muat turun Call me tones/Caller ringtones?
Bagi pengguna Maxis dan Hotlink, untuk mengaktifkan taip *131# dan tekan call, manakala untuk muat turun nada dering yang dikehendaki, taip *131* <produk kod># dan tekan call.
Bagi pengguna Celcom dan Xpax, untuk mengaktifkan taip CMT ON dan hantar ke 22990, manakala untuk muat turun taip CMT<produk kod> dan hantar ke 22990.


5.Berapa lama saya perlu menunggu untuk mendapatkan nada pemanggil ini selepas saya melanggan perkhidmatan ini?
Nada pemanggil anda akan diaktifkan selepas anda menggunakan perkhidmatan kami, selepas nada pemanggil anda berjaya untuk diaktifkan, anda akan menerima satu mesej pengesahan.


6.Bolehkah saya mendapatkan kembali nada pemanggil (tut..tut) biasa walaupun saya tidak membatalkan servis nada pemanggil sebelum ini?
Selagi anda menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak boleh mendapatkan nada pemanggil biasa sehingga lah anda membatalkan atau memberhentikan langganan anda.


7.Apakah yang penting sekali untuk membuat langganan nada pemanggil ini?
Anda mestilah mempunyai baki akaun yang mencukupi untuk melanggan nada pemanggil ini.


8.Berapa banyak nada pemanggil yang boleh dilanggan dalam satu masa?
Untuk pelanggan Celcom anda boleh melanggan sehingga (5) lagu dalam satu masa, manakala bagi pelanggan Maxis tidak ada had tetapan, anda boleh melanggan seberapa banyak yang anda kehendaki.


9.Jika saya mahu melanggan nada pemanggil lebih dari had yang ditetapkan, bagaimana?
Sebelum anda hendak mengaktifkan nada pemanggil, anda dikehendaki membatalkan satu langganan dan seterusnya anda boleh aktifkan nada yang baru.


10.Adakah saya akan dikenakan sebarang cas tambahan sekiranya saya mengubah tetapan servis pada telefon bimbit saya?
Anda tidak akan dikenakan bayaran tambahan dan anda boleh lakukan apa-apa tetapan servis pada bila-bila masa sahaja.


11.Adakah saya akan dikenakan sebarang cas sekiranya langganan ini tidak berjaya?
Anda tidak akan dikenakan sebarang cas sekiranya langganan anda tidak berjaya.


12.Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya membuat sebarang pembatalan atau perubahan?
Anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan kami di 1700-80-1889 dan anda juga boleh menghantar email kepada aduan@penguin.com.my untuk membatalkan sebarang nada pemanggil anda.


13.Semasa saya cuba klik untuk mendengar, tetapi tidak ada apa-apa lagu yang boleh didengar, apa yang perlu saya buat untuk mendengar Call me tones/Caller ringtones?****
Sila muat turun pemain Flash di sini untuk mendengar.

14.Bagaimana saya boleh memberi komen dan rating undian?
Anda boleh memberi komen pada ruangan yang telah pihak kami sediakan dan rating juga boleh diberikan pada masa yang sama.


15.Bagaimana saya hendak melihat komen dan rating undian yang telah diberikan?
Anda boleh melihat di ruangan yang pihak kami telah sediakan.


16. Bagaimana saya boleh menghantar reka cipta/buatan sendiri dan apakah syarat-syarat yang diperlukan?
Reka cipta/buatan sendiri boleh dirakam dan di"Simpan" dalam format yang umum seperti MP3, WAV, MPEG, AVI, MP4, WMA dan lain-lain. Anda boleh menghantar reka cipta/buatan sendiri ke info@penguin.com.my berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon serta informasi peribadi anda.
Reka cipta/buatan tersebut mestilah ciptaan tersendiri dan tidak meniru mana-mana pihak lain. Kandungan rakaman juga tidak boleh mempunyai unsur-unsur negatif, lucah, politik, keganasan serta apa-apa yang salah di sisi undang-undang.


17.Bagaimana jika saya mempunyai sebarang pertanyaan lain?
Anda boleh menghantar email ke info@penguin.com.my jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.


     

Hak Cipta    Dasar Privasi    Soalan Lazim    Hubungi Kami   Advertise with Us   Hotlink Caller RingTone  
Hubungi Kami: 1700-80-1889
Email: info@penguin.com.my
Copyright © 2008. All rights reserved.
Hak Cipta Terpelihara. Tindakan undang-undang akan diambil dengan merujuk kepada pihak guaman syarikat.

Content provided by:           Techology powered by: